Thursday, April 28, 2005

sedih jerk :((

mati² aku ingat mggu ni leh balik kg..windu jerk kat femlie..mak lak--->"adeq bila nak balik?" soklan wajib tuulah yang dia asyik tanya tiap kali tepon..akak n anak buah pun sama (yahooo dia org windu aku lah tue...sukernyerrr!!)tp jawapan aku tetap sama.."banyak keje lagi mak..siap projek ni baru leh cuti". ingat nak jek ambik cuti sehari, leh lah aku campur² dengan cuti 1 mei..cukuplah tu tuk tgk wajah femli..ilangkan windu..tp bila mintak ngan bos..dia kata xleh..mula² rasa gak nak marah..tp bila pk balik tul gak katanya..projek dah nak siap(mayb 2 mggu)pas ni leh cutik seminggu..lau balik mmgu nie..2 mggu lagi balik lak..uiks tak ke mmebazir jek.(tiket dah naik harga).bukan sayang duit..tp bila pk balik..alang² nak bercuti biarlah ati epi..keje dah siap..masalah dah setel..senang ati nak balik kg...lagipun balik 3 ari wat penat jerk..plok mak pun tak puas..apa² pun aku tetap sabar menanti saat² balik kg.....kesabaran mmg menguji ku...

Sunday, April 24, 2005

dah wat kata putus

mlm jumaat lepas, aku tima panggilan lagi..kul 2 pg..time tu aku baru jekr nak lelap.tetiba jek tepon aku bunyi..sapa lak y col..(kompius jap sbb no y naik tu no yang kau tak kenal)sbb dah ggu aku memalam..so aku pun jawb lah..terkejut aku dibuatnya..rupanya y col aku tu, dak y nak kat aku tu..alamak..sbb dah angkat so, aku boraklahh..katanya dia windu sangt kat aku..katanya dia sayang giler kat aku..tak sanggup katanya..pastu dia nak jumpa aku lagi...kebetulan aku sememmangnya bzz so aku gtaulah yang aku ngah bz pasl projek..(ada gak alasan ea)..lega rasanya x jadi jumpa..pastu keesokan arinya dia col aku balik..katanya ada something nak gtau..lagilah kompius aku dibuatnya.. apalah yang mustahak sangt nie...paksa punya paksa dia tak nak g tau gak..katanya nak g tau mlm..so aku meng"ia"kan sahaja..petang tu..ngah aku landing² kat bilik dia anta sms.."...azza leh trima saya tak.." aku terus blas...."mintak maaf azza xleh trima awk..mintak maaf bebanyakk.." pastu dia tak sms dah..lega rasanya..pastu malam tu pulak time aku ngah sembang ngan kawn lama..dia col aku..n gtau aku y dia dah clash ngan gf dia..kononnya dengan gtau bahawa dia clash, aku akan tima dia...(aku tolak dia bersebab)..dia tanya aku balik,aku leh trima dia tak..skali lagi aku jawab.."maaf"..terus dia bagi salam n matikan phone..sian lak kat dia..aku dah takde cara lain...lebih baik aku terus terang dari awl daripada aku terus bagi dia harapan..aku tak nak permainkan ati org...Insyaallah mudah²an dia akan jumpa wanita yang lebih baik dari aku..Insyaallah..

Monday, April 18, 2005


syukur Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran(guna ayat skimaa tuee..) akhirnya aku berjaya siapkan salah satu aplikasi yang tedapat dalam Al-quran mushaf selangor versi multimedia iaitu JUZ AMMA DIGITAL..Alhamdulillah..punyalah banyak msalah dan cabran nak siapkn aplikasi ni..last² berjaya gak aku..so kat sini aku nak viewlah sikit aku nyer aplikasi(opss sori dlm tuk imej jerk)tak sempt nak vdeokan..
(sesi iklan: pada kekawan yang berminat nak dapatkan produk ni..tak lama lagi diterbitkn..hubungilah aku ea)..

yeee haaa.. Posted by Hello


nilah gambar sample y lama Posted by Hello

Friday, April 15, 2005

bahagianyer

bahagianya..projek dah nak siap..pasni leh lah aku balik berehat kat kg jap...heheh
bos dah bagi green light cuti seminggu dah lama giler sangat tak rehat..
yeee haaaa. :D

Monday, April 11, 2005

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

sajak ni aku tima dari kawan aku...sajer jer aku letak sini ..nak share ngan kekawan.. :)

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI


Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Thursday, April 07, 2005

mengapa??????

gerammmmmmm..aku gerammmm..naper lah budak ni tak paham²..dah baper kali aku cakap aku tak nak .tak nak..tak nakkkkkk.. tapi dia tetap jugak ngan cara dia..ahhhh tak sanggup...aku tak sanggup dah camnii...baper kali perlu aku cakap aku tak nakkk..atau nak aku cakap cara kasarr...(tapi tu bukan cara aku--->tak suka kasar² nie)td masa aku tangah kusyuk² dengar dato' berucap dia col aku..katanya dia dah kat opis..nak jumpa akuuuu...kat cafe lak tu..nanti apa org kata..tersebarlah seluruh opis nanti..TIDAKKKK....tetiba pangilan terputus..cepat² aku anto sms..alamak dia dah kat cafe..dia tepon aku lg..katanya nak jumpa kat galeri lak(tempat pameran quran)sbb aku tak nak kat cafe...gile siottt (uiks bahasaaa..)dok berdua dalam geleri..lagilah owang pk memacam..last² dia decide jumpa lain kali jerk .minggu depan katanya..maner leh..aku nak kosentrett projek aku nie..nak tak nak 20hb ni kena siapkan..lau tak bising lah dato'...camner aku nak stopkan budak nie..camnerrr...sanggup tu datang dari kajang nak jumpa aku...bukan aku tak sudi..bukan aku tak suka..tapi dia dah aada girl friend..tu yanggggg...(xtau nak guna bahasa aper y sesuai)smpai bila lah aku kene tima gguan spt ini..xsanggup...aku tak nak permainkan ati org dan kecewakan org...tapi kalau keadaan terus camnii..nampaknya kenelah aku jadi >:)

Monday, April 04, 2005

syukur Alhamdulillah

adoi setelah berhempas pulas, akhirnya 3D flipping (juz Amma Digital) yang aku buat dah nak smpai ke penghujungnya..Alhamdulillah..harap² masalah tak timbul lagi.jenuh aku usahakan nak siapkan benda Al-quran ni..cam² dugaan dan tekanan yang aku tima..berkat kesabaranku (tiap² mlm aku nangis===>bimbang )akhirnya dah nak nampak hasilnya.. punyalah banyak nak siapkan semua ini..tiap² ayat aku kena wat button dan samakan sound dengan penunjuk..dah lah flash aku wat hal..cian aku tak pasal² kena wat balik gara² flast tutttttt.. buat benda sama berulang kali dah jadi kejer aku sejak aku pandai guna flash nie.. :D hampeh..walau pepe pun
nampaknya usahaku tak sia² :D bangga!! aku mmg tak minat multimedia ni..skali kejer kat sini..aku dipertanggungjawabkan utk siapkan 3D nie..kira ok lah gak..kalau tak..takkan lehnyer aku nak guna flash..tak retii.. :D buat mak yang tak penah putus doakan kecermelangan anaknya..tima kasih bebanyak ..cayang mak :* muahss.. buat akak aku y sering tocer aku ..tima kasih doakan dan lecture adik ..lecturemu akan ku kenang :D buat ayah moga cepat sembuh.. rindu ayah.. :* :* :* (tetiba jer masuk sesi ucapan)dan wat kawan aku y doaakan kejayaanku..Tima kasih bebanyak..nanti aku blanjer chiken chop :D

Tuesday, March 22, 2005

suatu keadaan

dikala aku ingin terima cinta
kau muncul dengan tetiba
mewujudkan kembali memori lama
yang masih segar dilubuk jiwa
membuat aku tambah derita
aku biarkan diriku terluka
hanya untuk kekalkan hubungan kita
supaya kembali seperti dulu kala
dan Aku tahu
kau juga begitu
membiarkan dirimu memaksa
merelakan segalanya
dalam keadaan terpaksa
kau ungkap kata-kata.

Wednesday, March 16, 2005

coding

3D fliping quran y aku bangunkan ada masalah..punyalah rajin aku tanyalah org y power pasal page flip nie..skali dia kasi aku cara nak solve..aku pun cubalah...uwaaaaaaaaaaaaaaaa..xleh gak..aku tak reti kot :(
sedihhhhh..uwaaaaaaaaaaaaaa..

email y aku tima dari macc

Hi!

it's me, sorry for the late replay!!!

at _root/pages/mask/ you find a graphic element, that is 500x900 px->
change it to 500x1200 (or higher if it's not enough)
and at _root/pages/pgrad/ you find also an other graphic element: its
height is 900px too. change it to the same value (1200)
and at _root/pages/flip/p3shadow/ do the same thing here again.
and at _root/pages/flip/flipgrad/ do the same thing here again.


Try, and tell me if it worked or not. If it still have some probs, try
1600 instead of 1200px.

Best regards,
and sorry again!

Macc

Tuesday, March 15, 2005

nama aku dalam bahasa jepun

My Japanese name is Naora Adachi.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



laman web ni aku dapat dari kawan aku..kalau korang teringin nak tau nama korang dalam bahasa jepun..sile2 lah klik kat hyperlink tuu..selamat mencuba

Wednesday, March 09, 2005

result spm

ari nie ari rabu..result spm kuar ari ni..rungsingnyer akuuuuu...(jgn silap paham,bukan aku nak ambik result tp ank buah aku)bimbang jer ati aku nie..camner lah result y anak buah aku dapat nanti..Insyaallah ok..kalau tak ok camner...adoi takutnya..tu lah masa depan dia..nak mintak u pun spm,nak kejer pun spm..adoiii..harap2 oklah...tp tryer ari tu result dia not bad..tu try tp y tguu y real...takut takut..aku tak kisah braper dia nyer result janji die dapt masuk u...masa depan dia..dia tu lelaki...zaman sekarang pendek kata kalau tak dapat melanjutkan pelajaran tinggi nampaknya kais pagi makn pagilah...kalau tak leh masuk u for sure abg aku tu mengamuk..nape taknyer,Alhamdulillah semua family aku dapat masuk u..kalau ank buah aku..perintis keluarga aku nie tak leh g u...ermmm paham2 jerlah ea..cian kat anak buah aku nanti..dlm 4 mak sedara y dia ada..akulah tempat dia bermanja..pantang dengar aku balik kg..terus datang umah aku cari aku...time kena marah kat abah dia pun akulah dia mengadu...selaku motivator anak buah aku,biasalh aku basuh2 lah sikit ank buah aku tue..bukan aper biar jadi manusia berguna..Alhamdulillah aku tgok dia tu bukan jenis bebudak kg y lain..tak dengar cakap owang tue..camnerlah perasaan dia pagi nie ea...xbestnyer xdapat temankan dia g ambik result.nervous tu semestinya..takuttu semestinya..adoi keciannya..itulah y aku rasa dulu time nak ambk result...tp aku lebih teruk kot dari korang semua..pepagi lagi kawan aku datang umah(dlm kul7pg kot)time tu aku lum bagun tdo..sengaja mals bagun sbb takut nak ambik result..mak aku kejutkan aku gtau y kwn datng jemput..nak tak nak aku terpaksalah bagun n mandi...act mak aku tak bagi aku g ambik result ngan kwn tu .maklumlah naik moto,takde lesenlak tue..aku lak ank manja dia..lagilah tak bagi..tp sebab kwn dah datng ambik so tak nak kecewakan dia mak aku pun terpaksalah bagi aku ikut kwn g sekolah...tiba kat sekolah..kwn2 dah ramai..masing2 dok lepak bawah pokok..aku apatah lagi join jerlah..dia org sibuk jer dok cakap pasl result..wat aku tambah rungsing..sehinggakan aku dok senyapjer ..lansung tak layan kekawan ku(runsing sangat)..cam2 aku pk..kalau aku tak dapt masuk u apa kata org kg?(perkataan org kg y pernah dilemparkan kat mak aku time aku tggu result--->dalam setandang pisang mesti ada y buruk)maksudnya akalu aku takleh g u akulah pisang buruk tu..sbb kak n abg aku,Alhamdulillah semua msk u...dah lah aku ank bongsu..lagi besar harapan mak ayah aku..ayah aku lak nak jer aku jadi doktor..(doktor tu memang cita2 aku pun)sambung citer td..time aku dok lepak kat sekolah tetiba mak aku smpai n abg aku..adoiii..pandang jer muka mak..aku dah sebak giler dah..takut hampakan harapan dia..bila mak aku tanyer jer camner..aku terus nangis n masuk keta..nak balikkkkkkkkkkkk..tak nak ambik resultt takuttttttt...last2 mak aku akur ngan permintaan aku..bawak aku balik..smpai umah kena marah kat mak..mak bimbang sangat sbb time stdy dulu aku tak stdy tul2..dia taknak masa depan anak dia hancur..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....time tu mulalah aku menyesal tak stdy tul2..mak suruh stdy aku masuk bilik tdo..tdo lak smpai pagi..lansung tak bngun tuk stdy malam..padan mukaa aku..tetiba akak kesayangn aku col dr utm skudai..tanya result..aku jawab aku takkkn ambik result..dengarjer aku cakap camtuu..apa lagi..kene lecturee lagi lahhhhh...tul katanya..nak tak nak aku kena terima kenyataan..last last aku mintak akak aku y sorang tu anta aku semula ke sekolah..tiba jer sekolah.kwn lelaki semua datang kat aku..semua kwn sekelas nak tau result aku...(masa kat sekolah aku digelar best student-->akupun tak tau naper)aku wat janji kosong ngan kawn aku..yang aku setuju nak gtau result aku time nak ambik..aku cuba tabahkan diri..terus aku g ambik result..time trima tu cikgu senyum jer kat aku..lepas sign aku tengok result dgn hanya membilang braper A y aku dapat..Alhamdulillah result aku tak mengecewakn..time tu aku tak tengok secara keseluruhan lagi result tu..takut sangat..cukuplah hanya tau bilangan A y aku dapat..pastu cepat2 aku balik..takut serempak dengan kekwn y nak tau sangat result aku...masa atas moto tulah aku perhatikan semua result aku..dengan tetiba jer aku bersorak kat atas moto tu..cam owang tak betulllll..terkejut giler akka aku...yahoooooooooooooooooo result aku ok..cuma aku sedih sikit fizik aku dapat B..takleh penuhi harapan cikgu aku y nak sngt aku dapat A :(( uwaaaaaaaaaaaa...sampi jer umah..aku wat2 muka sedih..wat2 nangis depan mak aku..aku cakap result tak ok...time tulah aku tgk muka mak aku tul2 berubah..kecewa sangat mukanya...baru ku tahu..besar sungguh impian seorang ibu nak tgk anaknyer berjaya...sebak jer ati ni..tengok jer muka mak camtu aku batalkan sahaja niat ku nak tipu makk.(jahat tul akuu)..lamunan,kekecewaan,kesedihan mak aku akhirnya aku tamatkan dengan sorakan kegembiraan ku smbil melompat2 cam budak2 y dapat eskrim...mak aku kompiusssssss gilee..last2 aku tunjukkan result kat mak aku...time tu lah saat bahagia aku..wajah mak aku kembali ceria n hepi...Alhamdulillah aku tak sia2kan mak...satu jer terkeluar dari mulut mak "kalau adik blajar ngan tekun lagi.kompem dapat lagi baik"naper taknyer time spm dulu aku peruntukkn 12jam tuk tdo,9 jam kat sekolah..n selebihnya aku relax depan tv...smpai abg aku sorng tu cakap,result aku result budak tdo...tp mak aku dah hepi giler dah ngan result aku..hepi sangat time tuuuuuuu..sykur alhamdulillah...akhirnya aku berjaya menghabiskan pelajaran aku walaupun hanya diploma..kalau korang nak tau camner aku leh ambik diploma jer n tak teruskan citer2 aku n ayah aku(doktor)nanti aku citer kemudian...insyaallah result ank buah aku ok...

Wednesday, March 02, 2005

sajer jer nak share ngan kekawan





entahlah

assalamulaikum..
entahlah aku pun tak paham naper org key ell ni tak suka org pantai timur...mayb faktor politik kot :D( aku agak jer) tp bagi aku maner2 negeri sama jerk..sbb bg aku negeri jer sama..org lain lain..tak semua sama...jgn buat penilain hanya dari satu pandangan..belum kenal belum cinta..cam kawn aku tu..dia anti sangat kat org klate..akulah tue..1st time dia tgk gambar aku masa entry data aku dia dah terpikat giler dah..n cuba cubalah tekel aku ngan menelepon aku..mentanglah semua data aku kat dia..dia ambik pluang lak ..apa lagi ambik no telepon akulah..kira dah lama dah aku berkawan ngan dia..pastu dia gtau aku yng dia tul2 suka aku..dia cam tak percaya jerk yang dia suka aku..sbb akulah org KELANTAN pertama yang dia jumpa n dia suka n dia sayang..kalau leh dia nak ajadikan aku isterinya..tp sayang mak ayah dia tak suka ore klate...dia terpaksa akur.. so aku tanyalah dia..naper tetiba jer leh suka aku sedangkan aku ni ore klate..dengan bangganya aku medengar..dia kata aku lain daripada yang lain..tak cam budak klater yang lain..aku sungguh istimewa baginyer...itu katanya lah..aku pun mulalah memprasankan diri ku sendir..rupanya aku ada keistimewaan..mulalah nak prasan..tp alhamdulillah aku sedar saper aku..so tak sempatlah aku nak perasan..sbb bagi aku semua org ada istimewanya.. sbb aku ni org so adalah istimewanya..hehehhe..tp bg aku pujian itu sbg nasihat...jgn terlalu bangga ngan pujian org sbb semua tu datang dari tuhan..sekelip mata jer kalau TUHAN nak tarik dia akan tarik..so bagi sesapa yang kaya cantik n bla bla bla tu jgn duk bangga sangat..semua tu pinjaman ..pandai2lah guna...kalau dia nak mufliskan ker nak cacatkan ker..semua tu remeh bg NYA.. balik kepada citer td..aku memeng tak paham naper org kl nie tak suka org kelantan sedangkan dia belum megenalinya...nak jer tau naper diao rang ni anti sangat org klater..sometime ada sesetengah org tu terpaksa batalkan hajat diri sendiri semata2 nak tekel kerana dapat tau awek cun tu ore klater..waduh2 keciannn...bg aku itu satu kesilapan yang nyata...buatlah sesuatu perkara dengan yakin dan bertawakkallah kepada Allah..tumpang lalu..nak berfalsafah skit :D"Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang sudah ditenggelaminya..jadikanlah TAQWA sebagai bahteramu,IMAN sebagai muatannya dan TAWAKKAL sebagai layarnya.."luqman al hakim..renung renungkan..bg kengkawan yang baca nie..bg komen leh tak naper org kl nie tak suka sangat org klate nie..kerana budunya ker..kerana kekelantanan dia ker atau pepe jelah....sajer jer aku nak tau..hehhe

Tuesday, February 22, 2005

alkisah

entahlah sejak dua menjak ni..suker jer aku wat sajak....xbest pun takpelah..nak jugak aku wat..
aku pun tak tau camner leh mula wat sajak nie...aku rasalah..alkisahnye camnie..aku nie pantang nampak pen ngan ketas
mulalah nak main conteng2..segala2 nya aku buat kat ketas tu..melukis lah..pepe yang ku nak lukis...aku hentam je..sampai penuh kertas tu..boring lukis mulalah nak meng ayat ayat...satu satu aku tulis..last2 cam sajak lak..rupanya pandai gak aku wat sajak :D seni2 ni aku kurang skit..aku suruh akak aku baca sajak tu..slamber jer dia cakap aku jiwang..waduhhh waduhh ....jiwang ker? :D

sajak aku lagi :D

dengan lafaz Bismillah ku mulakan bicara
sebagai tatapan diriku yang hina
insafilah pada segalanya....
kerana dirimu tak kekal lama
akhirnya kembali pada yang Esa

11 november 2003
terciptalah memori resah
pada diri yang megah
pada kata-kata yang indah

tak ku sangka sms ceria darimu
adalah pembuka duka kepadaku
memaparkan segalanya yang tersirat
dan kini semuanya tersurat

memang benar apa yang ku anggapkan
memang jelas apa yang kau kabarkan
dan ianya telah terjawab
segala persoalan yang diungkap

ku yakin ku dapat terima segalanya
ku yakin ku dapat melupakan segalanya
ku yakin ku dapat menghadapi segalanya
dan ku yakin ku dapat mengatasi segalanya

namun keyakinanku akhirnya tewas
pada diri yang sebenarnya lemah
pada hati yang sebenarnya patah
dan pada jiwa yang sebenarnya resah

haruskah aku biarkan tertewas
pada diri yang sememagnya pasrah
pada hati yang kekal berdarah
dan pada jiwa yang hancur membelah

ku taburkan niat suci dihati
moga segalanya dapat dilupai
dari jiwa yang sepi
dari hati yang sunyi

dan ku mula melangkah
untuk keluar dari segala resah
meninggalkan luka yang parah
mencari sinar yang mencerah

langkahku ku susun atur
pada jalan yang ku anggap cerah
untuk megubat jiwaku yang parah
moga segalanya akan berubah

rupanya jalanku ikut jalan yang salah
salah kerna berpandukan hati
bukan akal pada diri
dan kini tak guna aku menyesali lagi

aku mula mencari
apakah kesilapan diri
yang melemahkan hati
hingga membawaku ke jalan yang mati

akhirnya aku temui
satu jawapan yang pasti
pada hakikat yang hakiki
dalam diri ku sendiri

rupanya aku belum dapat melupai
pada memori resah yang menghantui
sehinggga memaksa diri
untuk mengikut kata hati

tak kusangka
luka kecil memori resah
rupanya parah
hingga berjaya mengubah diriku yang lemah

haruskah aku biarkan ia kekal berdarah
membiarkan ia menjadi parah
dan menguasai jiwaku yang resah
pada usia ku yang kian bertambah

lalu aku mula mencari
jalan keluar utuk berlari
dari masalah yang memerangkap diri
yang berpunca dari kesilapan diri

akhirnya kusedar kekerdilan diri
tak mampu untuk mencari
sebuah jalan yang pasti
yang membawa kepada keredhaan Ilahi

lalu ku sujud pada Ilahi
menyesali kelemahan diri
cuba mencari ketenangan dihati
bagi mendapat kebahagian yang hakiki

pada mu Ya Allah ku panjatkan doa
moga tercapai segala hajat dihati
supaya aku kembali pada diriku yang sejati
untuk mendapat keredhaan-Mu Allahu Rabbi.

Alhamdulillah akhirnya aku kembali
pada pencitaku Allahu Rabbi
dengan membawa ungkapan dihati
moga terpimpin hingga ke mati
dengan rahmat-Mu Ya Ilahi...

mayang7
23 feb 2005
12.30 am s.alam

Friday, January 28, 2005

sajak pertama aku..

aku wat sajak..tp tak tau nak letak tajuk apa..
ni lah 1st time aku wat sajak..manerlah reti beseni-seni nie..

dimanakah aku
antara persahabatan dan cinta
akhirnya aku temui
rupanya cinta didalam hati..
namun kini aku telah tewas
tewas terhadap diri sendiri
yang ego pada takdir Ilahi
dan tak guna aku menyesali
kerana semua kesilapan diri
kini aku berdoa
mengharap mimpi menjadi realiti
kerana kasihku padanya memang sejati
semua ini akhirnya aku mengerti
setelah segalanya terjadi
kini air mata rindu menjadi saksi
bertapa tulusnya cintaku ini
namun adakah dia mengerti
setiap kata-kata yang diberi
dan aku masih takuti
adakah ini cuma ilusi
atau kesepian hatinya yang memaksa diri
kenapa itu yang diungkapkannya..
kenapa sikap begitu ditonjolkannya
adakah itu tanda cintanya...
atau aku yang tidak memahaminya..
namun ku percaya kasihmu padaku tetap ada..
walau ku tahu ianya sementara..
dan aku tetap menantinya..
apakah yang ingin kau katakan..
apakah yang ingin kau luahkan..
apakah rahsia yang tersemat itu..
mampukah aku bertahan..
menunggu kalimat yang ingin diucapkan..
pada Allah ku berdoa..
moga kesabaranku tetap bertahan..
perlukah aku mulakan semula..
apa yang telah di ungkapkannya..
namun ku masih tak terdaya...
takut keputusannya tak seperti yang kusangka..
kerana memang sikap manusia..
slalu berubah sikap dan pemikirannya..
ku tewas sekali lagi..
tewas dengan kesabaran diri..
akhirnya kerinduan memaksa diri..
meluahkan segala isi hati..
ku pasrah..
jawapan yang diberi..
tak sama dengan harapan dihati..
kecewaan kini menguasai diri..
namun ku tetap berserah pada Ilahi..
kerana ku yakin dengan ketetapan Ilahi..
mungkin ada yang terbaik sedang menanti..
tapi..
kepedihan hati tetap ku rasai..
terasa diri dipermainkan..
dengan kata-kata cinta yang diungkapkan..
kini ku berpesan pada diri
jangan terlalu menaruh kepercayaan dihati..
jangan diletak harapan pada diri..
kepada insan bergelar lelaki..
kini aku hanya mampu berdoa kepada yang Esa..
supaya ku temui seorang lelaki bergelar suami..
dan…
jika dia tertulis buatku..
tercipta buatku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi...

Thursday, January 27, 2005

aku dah ada blog skg...

ooooooooooooo (braper harakat dah ooo aku...) rupanya berjaya gak aku wat blog..(walaupun tak creat sendiri)...tak de masa beb nak wat blog sendiri..sibuk maaa(alasan)...pepe pun skg aku dah ada blog..hehehhe..slalunyer aku jer baca blog org ..kali ni org leh baca blog aku..(bangga skit..!!)...segala galanya akan ku luahkan kat sini (ops..segala galanya ker???..bahaya ..bahaya..)....leh kongsi ngan kekawan..hepi sedih dapat rasa bersama..mulai hari ni(28/1/2004)..saat nii..time ni..(aper lagi ea???)..aku mula memblogkan diri ini....syabas utk aku.. :D